Thursday, November 02, 2006

Ketam yang Kacau

Seekor ketam baru belajar berumah di pasir yang becak. Tiba2 tanahnya jerlus, sedangkan baru saja ketam itu menghias2 rumahnya tadi dengan segala kesukaannya. Nampak gayanya ketam terpaksa membuat rumah baru, di tempat yang baru.. Entah bagaimanakah agaknya ketam di tempat baru nanti..
.
Bapak ketam telah menyuruh si ketam berumah di sebuah tempat yang sungguh asing baginya. Jauh dari sumber makanan, rumahnya kecil, tidak ramai kawan dan terdapat juga seekor ketam yang terkenal dengan kecohnya di tempat baru itu.
.
Ketam sedih dengan nasib yang menimpanya. "Kenapa tempat sebegini yang dipilih bapak?"
.
Dalam keadaan masih pening dan pusing, terdetik juga keazaman di fikiran ketam untuk menjadikan tempat baru itu syurga bagi dirinya. Walaupun ketam masih ragu dengan azamnya itu sendiri, tapi andainya dibiar sahaja kesedihan serta resah rungsing itu menyelimuti diri, maka begitulah keadaan hidupnya akan berterusan.
.
Ketam ada tekad, walaupun sebenarnya dia tidak tahu, "dari mana aku perlu bermula? Apa yang perlu aku lakukan? Adakah aku berupaya?". Tapi dengan tekad ketam itu, sekurang-kurangnya ketam dapat merasakan dia telah mula mengorak langkah untuk mencapai sesuatu.
.
Apa kesudahan dan nasib ketam? Kita tunggu sehingga ketam menghuni di rumah barunya nanti....

15 comments:

Unknown said...

aku tak paham.. hahaha.. kenapa ngan ketam tu?

Sunan_Jati said...

A`a... kecian kat ketam tuh.,.. rasa nk mkn mee ketam plak.. kat juru sedap oo.. hehehhe.. jom mkn mee ketam..!

Anonymous said...

semoga ketam berjaya jadikan tempat baru syurganya sebelum kena tangkap jadi hidangan mee ketam & dimkn oleh sunanjati...

Orang Biasa said...

orochi : kau faham tentang metafora si ketam?

sunan : mee ketam? cam enak je..hehe

anonym : ketam, "haha..terima kasih"

Ayaq said...

Saya sukak ketam masak lemak dengan masak merah. TOlong amek ketam tu buleh? Hehehhee.

Iyandz said...

Paling sukar hendak memulakan sesuatu. Aku setuju. Tp apa kesudahan citer ketam tu nanti?..

Sunan_Jati said...

wah ayaq macam sedap jugak bunyi nyer.. hang pandai ke amsak ? bleh rasa x? hehehe ngeh2x!

Anonymous said...

aku tak paham.. mee ketam.. huhu.. sedap..

13may said...

ni cerita ketam bunga atau ketam batu??? tak pun ketuk ketampi....hehehehe....

ps: jom pi umah sunan...makan mee ketam:D

Orang Biasa said...

ayaq : nampaknya nyawa ketam tak panjang sebab suma orang mau menjadikannya hidangan

iyandz : entahla, sbb ketam belum lagi masuk ke rumah baru. Kita tunggu ya..

sunan : haha, pasti aku wat topik resepi ketam la pulak

ketam : ko nih klon orochi ek?

13may : cerita ketam di isketambola

kakLuna said...

tumpang lalu...

Sunan_Jati said...

hang blanja la bagi resepi buat aper.. aku bukan ade rmasa nk masak?huargh... semua mesti setujunyer..

ZaKiN said...

aku tak paham.. tapi buat2 paham.. engkau kau ketam itu wahai org biasa.. wakakkaka... ko nih macam2.. biol aku mikirnya..!! huhuhu

VitAmiN said...

ish..tetiba lapar ketam masak sambal..(aperla..toing..toing..pukul kepala sendiri..org ckp lain ko ckp lain!)

saya rasa tak lama lagi saya pon jadi ketam.saya takut saya jln senget mcm ketam.

Orang Biasa said...

kak luna : nak pi mane tu kak?

sunan : aku bank-in cash dalam akaun ko pastu ko pi beli ketam masak lemak..nak?

maniq : segalanya mungkin..haha

razliza : saya pun berperasaan sebegitu