Wednesday, November 08, 2006

Tewasnya Republikan

Wah! Begitu lama aku mengambil masa untuk beradaptasi di pejabat baru! Waima tugas2 lama pun sentiasa datang bertenggek minta diselesaikan. Cabaran sungguh! Bukan setakat mengemaskini blog, makan tengahari pun cukup2 je masa. Tapi, alang2 terjun lombong, biar sampai ke dasar. Kalau setakat nak berenang-renangan di gigi air, baik berenti keje jer.

Kembali kepada tajuk, berita besar di akhbar2 esok dan berita utama malam ini sudah tentulah kekalahan Repulikan kepada Demokrat dalam pilihanraya Kongres. Setakat ini, Demokrat telah memenangi 221 kerusi manakala Republikan 181. Baki kerusi yang belum selesai pengiraan adalah 13 yang didahului oleh Demokrat dan 20 yang didahului Republikan. Jadi, apapun keputusan terakhir nanti, jelas bahawa Demokrat telah berjaya menguasai Kongres setelah hampir 16 tahun Republikan menjadi majoriti ahli dewan.

.
Apakah implikasinya? Akupun masih belum jelas kesannya tapi kekalahan Republikan berpunca daripada skandal beberapa ahlinya termasuk Tom DeLay, Bob Ney, Mark Foley, Curt Weldon dan Don Sherwood.. Kemudian ditambah lagi dengan keberangan rakyat terhadap isu Iraq.

Aku tak mengharapkan sebarang perubahan ketara terhadap dasar2 luar US, cuma mungkin aku dapat mengagak bahawa pasti Kongres akan lebih toleran berbanding sebelum ini yang mana ia menekankan Dasar Perang seperti di Iraq, Afganistan dan Iran (Palestin tidak termasuk).

Paling menarik...kali pertama dalam sejarah, seorang Muslim turut terpilih menganggotai Kongres USA..Keith Ellison dari Minnesota. Tahniah!


16 comments:

Unknown said...

ohh.. ketam.. ko baru pindah opis rupanya.. atau ko tukar keje?
tahniah.. tahniah..
(bukan untuk kau tapi untuk parti demokrat).

Anonymous said...

wei ketam.. bila ko tukar opis?

Orang Biasa said...

orochi : dua2 skali. naik sedarjat dari opis lama. keje pon lain benor, lg tough.. tp gaji sama je.

ketam : 2 ari dah.. ko nih ketam dari mane?

ZaKiN said...

hohoho.. lembap betol otak aku biler bercerita pasal politik nih.. selembap embun dinihari.. ekeke!!

kakLuna said...

Bush mmg bodoh le..ada ke patut dia kata kalau pilih demokrat maknanya pilih pengganas..ingat org Amerika tu bodoh sangat ke nak digula2kan?

Orang Biasa said...

maniq : aku plak lembab sangat pasai amanah saham cam ASN ASB ASW dsb..sepatah haram taktau!

kakluna : biasalah bush, dengan strategi menakut-nakutkan rakyat sejak dulu lagi..

Sunan_Jati said...

wargh... cite rlaurnegara yer huarg..2x!

shahril aley said...

weh bertambah busy tp sempat ngak ko nak mengulat dgn blog. ofis ko kat mana? hahahah dah lame aku tak dtg ziarah blog ko ni. so ape kaba selepas raya??

Anonymous said...

sunan : haha..aku nih flexible..luardalam bule.

shahril : maaf juga xsempat nak singgah blog ko. Aku masih di tempat lama tapi tukar department. tak disangka2, arahan mengejut. Sebelum ni aku sebagai Pegawai Bahagian Penyelidikan..dan sekarang Pegawai ISO.. huhu..sonot gak (kot)..

13may said...

ketam dah dapat lubang baru rupanya....

Anonymous said...

13may : lebih dalam dan sempit..hahaha

Unknown said...

huh.. ketam dah tersepit sebab rumah baru dia lebih sempit.. huhu..

Anonymous said...

huhu, kesian ko yer ketam.. ISO la plak.. weh, bila nak tengok death note?

Unknown said...

weh, Is masuk majalah Mingguan Wanita edisi 3-9 Nov. Citer pasai apa dia memeluk Islam.. Ada orang bagitau aku, aku tak sempat tengok lagi.. haha...

Iyandz said...

Tahniah gak!

arianna adrizal said...

hoo.. ISO!
bagus. bagus.
:)