Thursday, November 30, 2006

Media Malaysia Semakin Kritikal?

Wahh..media di Malaysia makin bebas nampaknya..Bebas untuk dikawal dan dimanipulasi. Berdegar2 Kepimpinan Negara melaung-laungkan kebebasan media. Tapi sekarang?

Perkhabaran terkini, Media prima yg kini memiliki TV3, Kumpulan NSTP, NTV7, TV8 dan menubuhkan TV9, Hot FM, FLY FM, akan mengambil alih Utusan Melayu (M) Bhd. Dahla kita hanya ada 2 akhbar perdana berbahasa Melayu iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian milik Kumpulan NSTP (Metro dan Kosmo adalah akhbar tabloid)...andai digabung, walaupun berbeza luarannya tapi semakin terkandanglah skop pemberitaan yang disampaikan.

Aku yakin, faktor komersil iaitu mampu menarik lebih ramai pengiklan serta memudahkan manipulasi lebih diutamakan berbanding faktor-faktor 'insan' seperti pembangunan minda melalui asuhan pemikiran kritis, pembentukan sahsiah serta pendidikan anak bangsa. Media kita yang kini sedia tercemar dengan hiburan berlebihan dan mengutamakan isi yang sensasi, seolah-olah menuju ke jalan untuk dikuburkan.

Pandangan pro dan kons kalian amat dialu-alukan. Wassalam.

8 comments:

Unknown said...

hahaha.. itu aku tak pedulik.. janji kat opis aku surat khabar sampai hari2..

ZaKiN said...

Aku kisah pasal hal nih.. bukan kerana aku kerja ngan media kerajaan tapi kerana aku dah mula bosan bila disekeliling aku adanya generasi yang telah disogok dengan hiburan yang berlebihan daripada media yang tak bertanggungjawab.. mungkin media kian lupa.. apa tanggungjawab sosial mereka sebenarnya.. sekarang media pon besaing hanya kerana mahukan keuntungan bukannya kepentingan apa yg mereka ingin sampaikan.. tapi rakyat malaysia tak nampak tentang tue kan.. ?? tak mustahil orang malaysia sutu hari nanti jadi macam org barat.. tiada lagi kesopanan dan kesusilaan seperti terkandung dalam rukun negara.. wakkakaakakkaka... apa aku cakap nih..??emosi meluap-luap.. hohoho.. maaf tuan rumah.. aku jua org biasa..

Orang Biasa said...

orochi : owh..ye tak ye gak. ko bukan org malaysia..ko dari Konoha..ekeke!

maniq : sekurang2nya, media di bawah kawalan Kem. Penerangan (rtm1, rtm2 dan radio2 rtm) lebih memfokuskan agenda sosial berbanding tv swasta yg kita sendiri dpt lihat sekarang keutamaan mereka...tengokla betapa bersungguh2 mereka menghebohkan JomHeboh seolah2 inilah yg negara kita perlukan..yg ramai datang kang, orang kitaaaa jugak..

apakah ini yg dinamakan "pembangunan modal insan"?

edyan7 said...

hmmm... no komen...aku ahli keluarga media prima...*duduk senyap-senyap sambil perhati blog ni*..hehehehh *bertanduk dan berantena*

Orang Biasa said...

edyan : tidak salah untuk mengkritik, memperdebat, memberi pendapat dan menyatakan ketidakpuasan hati... ;)

Pro, sila nyatakan pendirian.. kons, pun sila berikan pandangan..

edyan7 said...

Tak kira dalam konteks apa pun... monopoly memang tak bagus... hehehheh... bila ada yang kritik baru lah kita nak bergerak ke arah kemajuan! walau tak nak mengaku... manusia memang nak dipahat selalu baru nak maju ke depan...huhuhu..

kakLuna said...

oh, aku baca Harakah

Orang Biasa said...

edyan : hmm..tak setuju langsung bila ****** kata hanya penggabungan sajalah yg membolehkan syarikat2 ni maju. is it the only way? kalu cantu hanya dengan penggabungan malaysia-singapura sahajalah kita mampu jadik kuasa ekonomi asia..erkk..setuju? Memang ada kebaikannya menggabungkan dua syarikat nih, tapi kesan negatifnya lebih ketara.. banyak sumber bule rujuk utk maklumat detail, aku tak payah citer kat sinih..tq

kakluna : pasni harakah plak akan bergabung dgn akhbar Aliran..haha